JEMPUTAN KE ACARA FESTIVAL HOMESTAY
Tarikh: 13-15
September 2013
Tempat: Pentas
Budaya Pekan Kundasang Ranau
Pihak
Walai Tokou Homestay dengan sukacitanya menjemput seluruh rakyat Sabah untuk datang memeriahkan Festival ini.
Homestay Mountain Music
Festival merupakan salah satu acara tahunan Persatuan Homestay Sabah di mana
tersenarai di dalam Kalender 365 Days
Celebration With Homestay Sabah. Festival
ini bertujuan untuk menarik kedatangan pelancong dan mempromosikan Sabah sebagai
sebuah destinasi pelancongan yang menarik melalui Program Homestay di samping dapat
mengeratkan lagi silaturahim di kalangan masyarakat dan Pengusaha Homestay.
Terdapat pelbagai aktiviti
menarik disediakan oleh pihak penganjur sepanjang Festival ini berlangsung. Antaranya;
v Pertandingan
Paluan Gong dan Tarian Sumazau
v Pertandingan
Cabaran Homestay
v 1
Homestay Idol
v Pertandingan
Battle Of Ethnic Creative
v Pertandingan
Masakan Menu Tradisional
v Pertandingan
Tarik Tali
v Pertandingan
Gusti Lengan
v Pertandingan
Melukis dan Mewarna Bendera Komuniti 1 Malaysia
v Sukaneka
Pihak
Penganjur sangat mengalu-alukan penyertaan anda dalam aktiviti ini.
(sesuai
terma & syarat)
No comments:
Post a Comment