Monday 19 August 2013


JEMPUTAN KE ACARA FESTIVAL HOMESTAY



Sukacita dimaklumkan Walai Tokou Homestay akan menganjurkan Homestay Mountain Music Festival 2013 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 13-15 September 2013
Tempat: Pentas Budaya Pekan Kundasang Ranau

Pihak Walai Tokou Homestay dengan sukacitanya menjemput seluruh rakyat Sabah untuk datang memeriahkan Festival ini.

Homestay Mountain Music Festival merupakan salah satu acara tahunan Persatuan Homestay Sabah di mana tersenarai di dalam Kalender 365 Days Celebration With Homestay Sabah.  Festival ini bertujuan untuk menarik kedatangan pelancong dan mempromosikan Sabah sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik melalui Program Homestay di samping dapat mengeratkan lagi silaturahim di kalangan masyarakat dan Pengusaha Homestay.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pihak penganjur  sepanjang Festival ini berlangsung. Antaranya;

v Pertandingan Paluan Gong dan Tarian Sumazau
v Pertandingan Cabaran Homestay
v 1 Homestay Idol
v Pertandingan Battle Of Ethnic Creative
v Pertandingan Masakan Menu Tradisional
v Pertandingan Tarik Tali
v Pertandingan Gusti Lengan
v Pertandingan Melukis dan Mewarna Bendera Komuniti 1 Malaysia
v Sukaneka


Pihak Penganjur sangat mengalu-alukan penyertaan anda dalam aktiviti ini.
(sesuai terma & syarat)